Setiap kedai emas mempunyai harga yang berbeza-beza. Ada yang menawarkan harga yang rendah dan ada yang menawarkan harga yang tinggi serta upah yang berbeza mengikut jenis barang. Kita sebagai pembeli, mempunyai pilihan di mana harus kita membeli. Namun, bagaimanakah caranya??
Disini saya tunjukkan teknik mudah mengira harga emas sebenar dikedai. Andaikan anda ingin membeli sebentuk cincin, berat 3.00 gram.
Harga Emas Kedai A
RM 125/g + kos upah RM 100
Harga Cincin = RM 125 x 3.00g + upah RM 100 = RM 475.00
Harga Sebenar per gram = RM 475.00/3.00g = RM158/g
Harga Emas Kedai B
RM 130/g + kos upah RM 50
Harga Cincin = RM130 x 3.00g + upah RM 50 = RM 440.00
Harga sebenar per gram = RM 440.00/3.00g = RM146/g
Pada awalnya, nmpak seperti kedai A menawarkan harga yang lebih murah, namun setelah dikira, kedai B lebih murah berbanding kedai A. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment